Privacy noticeNotis privasi
Last updated 21 October 2026Dikemas kini 21 Oktober 2026
GoReview is a product of Bingo Digital Marketing PLT, Kota Kinabalu, Sabah ("we"). This notice explains how we use personal details, in line with Malaysia's Personal Data Protection Act 2010.
Shop owners who sign up
When you fill in our sign-up form or WhatsApp us, we collect your name, WhatsApp number, email, shop name, Google Maps link and number of branches. Your name and WhatsApp number are needed to set up your trial and reach you. Email and the Maps link are optional.
- We use these details to set up your trial, contact you about it, bill you if you continue, and now and then tell you about related Bingo services. You can ask us to stop the last one any time.
- We keep them while you are a customer, and for up to 12 months after a trial or account ends, unless the law needs us to keep them longer.
Your customers who leave a rating
For your customers, your shop decides how their details are used, and we handle them on your behalf. When a customer uses your review page, it records their star rating and anything they choose to type, such as a comment, name or email, so you can see feedback and follow up.
- We never sell these details or use them for our own marketing.
- A public Google review is posted by the customer on Google, under Google's own terms.
Who we share details with
Only the companies that help us run GoReview, and only as much as they need: our review platform provider, Cloudflare (website hosting), Billplz (payments), Lark (our team chat), WhatsApp (messages) and Google (Maps and fonts). Some of them store data outside Malaysia.
Your choices
You can ask to see or correct your details, withdraw your consent, or ask us to delete them. We will delete or anonymise everything we can, though copies in sent messages may stay with the people who received them. WhatsApp 010-566 7008 or email daniel@bingowebdesign.my.
GoReview ialah produk Bingo Digital Marketing PLT, Kota Kinabalu, Sabah ("kami"). Notis ini menerangkan cara kami guna maklumat peribadi, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Pemilik kedai yang mendaftar
Bila anda isi borang pendaftaran atau WhatsApp kami, kami ambil nama, nombor WhatsApp, email, nama kedai, pautan Google Maps dan bilangan cawangan anda. Nama dan nombor WhatsApp diperlukan untuk setup percubaan dan hubungi anda. Email dan pautan Maps adalah pilihan.
- Kami guna maklumat ini untuk setup percubaan anda, hubungi anda mengenainya, mengeluarkan bil kepada anda jika anda teruskan, dan sekali-sekala maklumkan perkhidmatan Bingo yang berkaitan. Anda boleh minta kami berhenti buat yang terakhir ini bila-bila masa.
- Kami simpan maklumat ini selagi anda pelanggan kami, dan sehingga 12 bulan selepas percubaan atau akaun tamat, kecuali undang-undang memerlukan kami simpan lebih lama.
Pelanggan anda yang beri rating
Untuk pelanggan anda, kedai anda yang tentukan cara maklumat mereka digunakan, dan kami uruskannya bagi pihak anda. Bila pelanggan guna halaman ulasan anda, halaman itu merekod rating bintang dan apa-apa yang mereka pilih untuk tulis, seperti komen, nama atau email, supaya anda boleh lihat maklum balas dan ambil tindakan.
- Kami tak pernah jual maklumat ini atau guna untuk pemasaran kami sendiri.
- Ulasan Google awam ditulis oleh pelanggan di Google, di bawah terma Google sendiri.
Dengan siapa kami kongsi maklumat
Hanya syarikat yang membantu kami jalankan GoReview, dan hanya setakat yang mereka perlukan: penyedia platform ulasan kami, Cloudflare (hos laman web), Billplz (pembayaran), Lark (aplikasi sembang pasukan), WhatsApp (mesej) dan Google (Maps dan fon). Sebahagian daripada mereka menyimpan data di luar Malaysia.
Pilihan anda
Anda boleh minta untuk lihat atau betulkan maklumat anda, tarik balik persetujuan, atau minta kami padam maklumat itu. Kami akan padam atau tanpa-namakan semua yang boleh, walaupun salinan dalam mesej yang telah dihantar mungkin kekal pada penerimanya. WhatsApp 010-566 7008 atau email daniel@bingowebdesign.my.